Ramai yang ingin register syarikat sdn bhd ssm tetapi tidak jelas dengan proses register sdn bhd. Oleh itu, artikel ini akan menjadi panduan bagi maklumat penting yang anda perlu ketahui untuk pendaftaran Syarikat Sdn Bhd di Malaysia.
APAKAH ITU SYARIKAT SDN BHD?
SYARIKAT SDN BHD, adalah singkatan kepada Syarikat Sendirian Berhad, iaitu sebuat entiti perniagaan yang dihadkan oleh saham dan merupakan jenis pendaftaran syarikat yang paling popular di Malaysia. Berdasarkan Akta Syarikat 2016, hanya 1 pengarah dan 1 pemegang saham diperlukan untuk membentuk syarikat Sdn Bhd, dan bukannya 2 pengarah. Oleh itu, anda boleh mendaftarkan syarikat Sdn Bhd tanpa rakan niaga lain. Anda boleh bertindak sebagai pengarah tunggal dan pemegang saham tunggal bagi syarikat tersebut. Ahli-ahli syarikat ini dihadkan kepada 50 orang sahaja dalam satu masa.
APAKAH CARA REGISTER SYARIKAT SDN BHD DI MALAYSIA?
10 langkah mudah untuk tubuh syarikat sendirian berhad di Malaysia adalah seperti berikut:
- Pendaftaran akaun di portal MyCoID
- Pengaktifan akaun di kaunter SSM
- Perincian Log in portal MyCoIL akan diterima melalui e-mel lepas pengaktifan akaun
- Semakan nama syarikat dalam Aplikasi Direct Incorporation di laman utama portal MyCoID
- Isikan maklumat lain-lain di bawah Semakan Nama
- Isikan Borang Super untuk menjelaskan nama syarikat yang anda cadangkan
- Pemilihan kod perniagaan dan penerangan
- Maklumat pengarah dan pemegang saham
- Penyerahan permohonan
- Buat pembayaran sebanyak RM1,000 sebagai yuran pendaftaran syarikat (sebelum cukai)
- Notis Pendaftaran diterima melalui e-mel sebagai bukti pemerbadanan syarikat
Bacaan lanjut: Cadangan Nama Syarikat
APAKAH DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK REGISTER SYARIKAT SDN BHD SSM?
4 Dokumen register syarikat sdn bhd ssm adalah seperti berikut:
- 3 Nama Cadangan Syarikat Baru
- Gambar I/C pengarah & pemegang saham
- Alamat kediaman & E-mel pengarah & pemegang saham
- Pegangan saham oleh setiap pemegang saham
BERAPA LAMA MASA UNTUK REGISTER SYARIKAT SDN BHD SSM?
Secara amnya, kelulusan register syarikat sdn bhd ssm mengambil masa dalam 3-5 hari bekerja
APAKAH LANGKAH REGISTER SYARIKAT SDN BHD SSM?
Ada 6 langkah mudah daftar sdn bhd seperti dibawah:
- Pendaftaran & pengaktifan akaun, carian nama syarikat = 1 hari
- Penyediaan dokumen pendaftaran = 2-3 hari
- Penandatanganan dokumen semua pengarah dan pemegang saham = 1 hari
- Penyerahan dokumen ke SSM = 1 hari
- Pengeluaran notis kelulusan pendaftaran syarikat sdn bhd daripada SSM = 3-5 hari
- Sijil digital pemerbadanan syarikat dikeluarkan oleh SSM = 1 hari
APAKAH SYARAT DAFTAR SYARIKAT SDN BHD SSM?
Berikut adalah 3 syarat utama register syarikat sdn bhd ssm:
- Mempunyai sekurang-kurangnya 1 pengarah & 1 pemegang saham
- Pengarah & pemegang saham berumur 18 tahun keatas
- Pengarah & pemegang saham tidak berstatus bankrap
BERAPA KOS BUKA SYARIKAT SDN BHD SSM?
Kos register syarikat sdn bhd ssm adalah RM 1498. Untuk maklumat lanjut boleh klik link ini:
PROMOSI DAFTAR SYARIKAT SDN BHD RM1498
CIRI-CIRI SYARIKAT SDN BHD SSM
1. Struktur Perniagaan Yang Terpisah dari Pemilik
Sendirian Berhad adalah satu entiti perniagaan yang berasingan daripada pemiliknya. Ia memerlukan proses pendaftaran formal dan mempunyai status berasingan, yang bermaksud ia mempunyai hak untuk memiliki harta dan tanggungjawab sendiri. Manakala, Milikan Tunggal adalah entiti yang tidak berasingan daripada pemiliknya. Ia tidak memerlukan pendaftaran formal dan pemilik perniagaan secara peribadi bertanggungjawab terhadap semua hutang dan tanggungjawab perniagaan.
2. Mempunyai Modal Perniagaan (Paid-up Capital)
Sendirian Berhad biasanya memerlukan modal permulaan yang lebih besar berbanding Milikan Tunggal. Ini kerana dalam Sendirian Berhad, pemilik biasanya berkongsi pemilikan dengan pemegang saham lain, sebaliknya dalam Milikan Tunggal, pemilik adalah individu yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap modal perniagaan. Tetapi peluang sumber dana Sendirian Berhad adalah lebih mudah dan mempunyai kredibiliti untuk pembiayaan kerana syarikat dianggap lebih stabil, meyakinkan, dan ada kesinambungan berbanding Milikan Tunggal. Bagi Milikan Tunggal dana diperoleh dalam bentuk pembiayaan mikro atau bergantung kepada kapasiti dan harta yang dimiliki oleh pemilik.
3. Liabiliti Terhad
Dalam Sendirian Berhad pemilik (pengarah) dan syarikat adalah berasingan dari segi tanggungjawab dan keperibadian. Ini bermaksud pemilik tidak akan dipertanggungjawabkan secara peribadi terhadap hutang syarikat. Ini lebih dikenali sebagai liabiliti terhad. Justeru, jika syarikat mempunyai masalah kewangan atau kebankrapan, pemilik tidak akan kehilangan harta peribadi seperti rumah atau kendaraan miliknya. Namun, bagi Milikan Tunggal, pemilik bertanggungjawab secara peribadi terhadap hutang perniagaan dan tiada pemisahan peribadi antara pemilik dan perniagaan. Oleh itu, pemilik bagi milikan tunggal akan lebih berisiko untuk kehilangan harta peribadi jika perniagaan menghadapi masalah kewangan.
4. Kawalan Dan Keputusan Oleh Ahli Lembaga Pengarah
Dalam Sendirian Berhad, pengarah biasanya berkongsi kuasa membuat keputusan dengan pemegang saham lain. Keputusan besar seperti perubahan strategi perniagaan atau pengambilan pinjaman memerlukan persetujuan pemegang saham. Dalam Milikan Tunggal, pemilik mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap keputusan perniagaan tanpa perlu berkongsi kuasa dengan pihak lain.
5. Cukai Dan Perundangan Tersendiri
Sendirian Berhad dan Milikan Tunggal juga berbeza dalam isu cukai dan perundangan. Sendirian Berhad mungkin terikat dengan peraturan cukai syarikat yang berbeza, manakala pemilik Milikan Tunggal mungkin terikat dengan cukai individu. Perundangan yang berkaitan dengan pendaftaran, penyelenggaraan, dan pengakhiran juga berbeza antara kedua-dua entiti ini. Bagi Sendirian Berhad kadar cukai sebanyak 18% akan dikenakan untuk pendapatan RM500,000 pertama, dan bagi Milikan Tunggal keuntungan dicukai ke atas individu.
Bacaan lanjut: Perbezaan Sdn Bhd vs Enterprise
KESIMPULAN
Daripada perbandingan yang telah dilakukan dapat kita lihat bahawa Sendirian Berhad adalah pilihan yang paling sesuai untuk Perusahaan Kecil Sederhana kerana pelanggan akan lebih cenderung untuk berurus niaga dengan Sendirian Berhad atas sebab faktor komitmen dan tanggungjawab dalam operasinya. Sebaliknya Pemilikan Tunggal adalah jenis yang paling murah, senang dan mudah untuk memulakan sesuatu perniagaan.
Walaupun begitu, ia hanya sesuai jika individu ingin mengekalkan saiz perniagaan yang kecil. Apabila telah mendapat pendapatan yang lebih stabil, individu perlu bertukar kepada Sendirian Berhad.