Artikel kali ini pula akan membincangkan secara khusus proses pendaftaran syarikat sdn bhd ssm. Syarikat sdn bhd adalah entiti perniagaan yang paling popular bagi usahawan di Malaysia.
Bacaan lanjut: Promosi Daftar Syarikat Sdn bhd
Jenis-Jenis Syarikat di Malaysia
Jika anda seorang usahawan berkemungkinan besar anda sudah tahu kewajipan untuk mendaftar dengan SSM. Tujuan pendaftaran bukan sahaja untuk memastikan syarikat anda mematuhi undang-undang, tetapi bagi memastikan perniagaan anda beroperasi mengikut garis panduan yang ditetapkan. Kegagalan mana-mana perusaha perniagaan untuk mendaftar dengan SSM boleh dikenakan kompaun.
Sebelum masuk topik pendaftaran syarikat sdn bhd SSM, mari kenali dahulu jenis entiti perniagaan yang ada di Malaysia.
- Pemilikan Tunggal Atau Enterprise
Entiti pemilikan tunggal atau enterprise ini adalah yang paling mudah untuk ditubuhkan, dan hanya warganegara atau penduduk tetap sahaja yang boleh mendaftarkan entiti ini. Perniagaan ini selalunya memiliki satu pemilik dan liabilitinya tidak terhad.
Bacaan lanjut: Enterprise VS Sdn Bhd
- Perkongsian
Entiti perkongisian ini berfokuskan 2 orang atau lebih, maksimum 20 orang pemilik terhadap entitinya. Selalunya corak perniagaan ini akan menggabungkan sumber semua pihak untuk raih keuntungan. Ia juga terbuka kepada warganegara atau penduduk tetap sahaja.
Bacaan lanjut: Perkongsian VS Sdn Bhd
- Sendirian Berhad (Sdn Bhd)
Sdn Bhd adalah entiti yang terpisah dari pemiliknya, di mana pemilik hanya bertanggungjawab terhadap jumlah pegangan yang disumbangkan kepada syarikat sahaja. Ia boleh ditubuhkan dengan minimun seorang ahli dan maksimum 50 ahli.
Bacaan lanjust: Mengenali Kelebihan Sdn Bhd
- Berhad Awam (Bhd)
Jenis perniagaan ini sama seperti Sdn Bhd namun saham syarikat entiti ini boleh ditawarkan kepada orang awam, dan ini bermakna ia boleh disenaraikan di Bursa Saham Malaysia. Selalunya ia memiliki minimum 2 pemegang saham dan jumlah ahli tidak terhad.
Adalah penting untuk anda kenal pasti jenis perniagaan yang dijalankan dan kemudiannya segera mendaftarkan dengan SSM. Pendaftaran dengan SSM ini penting bagi memastikan perniagaan anda mematuhi standard perniagaan yang ditetapkan. Kegagalan mendaftar bukan sahaja boleh dikenakan kompaun tetapi turut boleh menyebabkan perniagaan anda digantung.
Apakah itu Syarikat Sdn Bhd SSM?
Sdn Bhd adalah singkatan bagi “Syarikat Sendirian Berhad”. Ini adalah jenis syarikat yang berasingan dari pemiliknya dan mempunyai tanggungjawab terhad dalam menanggung risiko kewangan. Pemilik syarikat ini tidak akan bertanggungjawab secara peribadi terhadap hutang syarikat melebihi jumlah saham yang mereka miliki dalam syarikat tersebut.
6 Cara Mudah Pendaftaran Syarikat Sdn Bhd SSM
Langkah Daftar Sdn Bhd 1: Memilih Nama Syarikat Sdn Bhd
Langkah pertama dalam proses Pendaftaran Syarikat Sdn Bhd SSM adalah memilih nama yang sesuai dan unik untuk syarikat anda. Nama syarikat perlu dipilih dengan teliti dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Bacaan lanjut: Panduan Nama Syarikat Sdn Bhd
Langkah Daftar Sdn Bhd 2: Memenuhi Syarat Kelayakan Pendaftaran Syarikat Sdn Bhd SSM
Sebelum melangkah ke proses pendaftaran syarikat sdn bhd SSM, anda perlu memastikan bahawa anda memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh SSM. Ini termasuk mempunyai sekurang-kurangnya seorang pengarah yang tinggal di Malaysia, sekurang-kurangnya seorang pemegang saham, dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah yang berkaitan.
Langkah Daftar Sdn Bhd 3: Pendaftaran Syarikat Sdn Bhd SSM
Proses pendaftaran dilakukan melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Anda perlu mengemukakan borang pendaftaran syarikat sdn bhd ssm yang tepat bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan, seperti salinan pengenalan pengarah dan pemegang saham, perjanjian berkaitan, dan bukti pembayaran yuran pendaftaran.
Bacaan lanjut: Info Daftar Syarikat Sdn Bhd
Langkah Daftar Sdn Bhd 4: Pembayaran Modal Berdaftar Bagi Pendaftaran Syarikat Sdn Bhd SSM
Sebaik sahaja selesai daftar syarikat Sdn Bhd, anda perlu membuat pembayaran modal berdaftar syarikat. Modal berdaftar minimum yang diperlukan adalah RM 1. Modal ini perlu disimpan dalam akaun bank syarikat untuk tujuan perniagaan.
Langkah Daftar Sdn Bhd 5: Mendapatkan Lesen dan Perizinan
Bergantung kepada jenis perniagaan yang anda jalankan, anda mungkin perlu mendapatkan lesen dan perizinan tambahan dari pihak berkuasa tempatan atau agensi kerajaan yang berkaitan. Pastikan anda mematuhi semua peraturan dan undang-undang yang berkenaan.
Langkah Daftar Sdn Bhd 6: Pendaftaran Pekerja dan Pembayaran Cukai
Apabila syarikat anda sudah beroperasi, anda perlu mendaftarkan pekerja anda dengan Jabatan Tenaga Kerja Malaysia dan mematuhi peraturan buruh yang berlaku. Selain itu, anda juga perlu mendaftarkan syarikat anda untuk cukai korporat dan mematuhi tanggungjawab cukai yang berkenaan.
Kesimpulan
Penubuhan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd) di Malaysia melibatkan beberapa langkah yang perlu diikuti dengan teliti. Dengan pemahaman yang jelas tentang proses ini, anda dapat memulakan perniagaan anda dengan keyakinan dan mematuhi semua peraturan dan undang-undang yang berkaitan.