CARA PENDAFTARAN SYARIKAT SDN BHD SSM

Table of Contents

Artikel kali ini pula akan membincangkan secara khusus proses pendaftaran syarikat sdn bhd ssm. Syarikat sdn bhd adalah entiti perniagaan yang paling popular bagi usahawan di Malaysia.

Bacaan lanjut: Promosi Daftar Syarikat Sdn bhd

Jenis-Jenis Syarikat di Malaysia

Jika anda seorang usahawan berkemungkinan besar anda sudah tahu kewajipan untuk mendaftar dengan SSM. Tujuan pendaftaran bukan sahaja untuk memastikan syarikat anda mematuhi undang-undang, tetapi bagi memastikan perniagaan anda beroperasi mengikut garis panduan yang ditetapkan. Kegagalan mana-mana perusaha perniagaan untuk mendaftar dengan SSM boleh dikenakan kompaun.

Sebelum masuk topik pendaftaran syarikat sdn bhd SSM, mari kenali dahulu jenis entiti perniagaan yang ada di Malaysia.

  1. Pemilikan Tunggal Atau Enterprise

Entiti pemilikan tunggal atau enterprise ini adalah yang paling mudah untuk ditubuhkan, dan hanya warganegara atau penduduk tetap sahaja yang boleh mendaftarkan entiti ini. Perniagaan ini selalunya memiliki satu pemilik dan liabilitinya tidak terhad.

Bacaan lanjut: Enterprise VS Sdn Bhd

  1. Perkongsian

Entiti perkongisian ini berfokuskan 2 orang atau lebih, maksimum 20 orang pemilik terhadap entitinya. Selalunya corak perniagaan ini akan menggabungkan sumber semua pihak untuk raih keuntungan. Ia juga terbuka kepada warganegara atau penduduk tetap sahaja.

Bacaan lanjut: Perkongsian VS Sdn Bhd

  1. Sendirian Berhad (Sdn Bhd) 

Sdn Bhd adalah entiti yang terpisah dari pemiliknya, di mana pemilik hanya bertanggungjawab terhadap jumlah pegangan yang disumbangkan kepada syarikat sahaja. Ia boleh ditubuhkan dengan minimun seorang ahli dan maksimum 50 ahli.

Bacaan lanjust: Mengenali Kelebihan Sdn Bhd

  1. Berhad Awam (Bhd)

Jenis perniagaan ini sama seperti Sdn Bhd namun saham syarikat entiti ini boleh ditawarkan kepada orang awam, dan ini bermakna ia boleh disenaraikan di Bursa Saham Malaysia. Selalunya ia memiliki minimum 2 pemegang saham dan jumlah ahli tidak terhad.

Adalah penting untuk anda kenal pasti jenis perniagaan yang dijalankan dan kemudiannya segera mendaftarkan dengan SSM. Pendaftaran dengan SSM ini penting bagi memastikan perniagaan anda mematuhi standard perniagaan yang ditetapkan. Kegagalan mendaftar bukan sahaja boleh dikenakan kompaun tetapi turut boleh menyebabkan perniagaan anda digantung.

Apakah itu Syarikat Sdn Bhd SSM?

Sdn Bhd adalah singkatan bagi “Syarikat Sendirian Berhad”. Ini adalah jenis syarikat yang berasingan dari pemiliknya dan mempunyai tanggungjawab terhad dalam menanggung risiko kewangan. Pemilik syarikat ini tidak akan bertanggungjawab secara peribadi terhadap hutang syarikat melebihi jumlah saham yang mereka miliki dalam syarikat tersebut.

6 Cara Mudah Pendaftaran Syarikat Sdn Bhd SSM

Langkah Daftar Sdn Bhd 1: Memilih Nama Syarikat Sdn Bhd

Langkah pertama dalam proses Pendaftaran Syarikat Sdn Bhd SSM adalah memilih nama yang sesuai dan unik untuk syarikat anda. Nama syarikat perlu dipilih dengan teliti dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Bacaan lanjut: Panduan Nama Syarikat Sdn Bhd

Langkah Daftar Sdn Bhd 2: Memenuhi Syarat Kelayakan Pendaftaran Syarikat Sdn Bhd SSM

Sebelum melangkah ke proses pendaftaran syarikat sdn bhd SSM, anda perlu memastikan bahawa anda memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh SSM. Ini termasuk mempunyai sekurang-kurangnya seorang pengarah yang tinggal di Malaysia, sekurang-kurangnya seorang pemegang saham, dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah yang berkaitan.

Langkah Daftar Sdn Bhd 3: Pendaftaran Syarikat Sdn Bhd SSM

Proses pendaftaran dilakukan melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Anda perlu mengemukakan borang pendaftaran syarikat sdn bhd ssm yang tepat bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan, seperti salinan pengenalan pengarah dan pemegang saham, perjanjian berkaitan, dan bukti pembayaran yuran pendaftaran.

Bacaan lanjut: Info Daftar Syarikat Sdn Bhd

Langkah Daftar Sdn Bhd 4: Pembayaran Modal Berdaftar Bagi Pendaftaran Syarikat Sdn Bhd SSM

Sebaik sahaja selesai daftar syarikat Sdn Bhd, anda perlu membuat pembayaran modal berdaftar syarikat. Modal berdaftar minimum yang diperlukan adalah RM 1. Modal ini perlu disimpan dalam akaun bank syarikat untuk tujuan perniagaan.

Langkah Daftar Sdn Bhd 5: Mendapatkan Lesen dan Perizinan

Bergantung kepada jenis perniagaan yang anda jalankan, anda mungkin perlu mendapatkan lesen dan perizinan tambahan dari pihak berkuasa tempatan atau agensi kerajaan yang berkaitan. Pastikan anda mematuhi semua peraturan dan undang-undang yang berkenaan.

Langkah Daftar Sdn Bhd 6: Pendaftaran Pekerja dan Pembayaran Cukai

Apabila syarikat anda sudah beroperasi, anda perlu mendaftarkan pekerja anda dengan Jabatan Tenaga Kerja Malaysia dan mematuhi peraturan buruh yang berlaku. Selain itu, anda juga perlu mendaftarkan syarikat anda untuk cukai korporat dan mematuhi tanggungjawab cukai yang berkenaan.

Kesimpulan

Penubuhan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd) di Malaysia melibatkan beberapa langkah yang perlu diikuti dengan teliti. Dengan pemahaman yang jelas tentang proses ini, anda dapat memulakan perniagaan anda dengan keyakinan dan mematuhi semua peraturan dan undang-undang yang berkaitan.

FAQ: Daftar Sdn Bhd Online di Malaysia

1. Apakah maksud daftar Sdn Bhd online?

Daftar Sdn Bhd online ialah proses pendaftaran Syarikat Sendirian Berhad yang dibuat secara digital melalui portal rasmi SSM MyCoID, sama ada diurus sendiri atau dibantu oleh setiausaha syarikat berlesen.


2. Adakah pendaftaran Sdn Bhd boleh dibuat sepenuhnya secara online?

Ya. Proses daftar Sdn Bhd online boleh dilakukan hampir sepenuhnya secara online, namun ramai usahawan memilih bantuan setiausaha berlesen.


3. Siapa yang layak untuk daftar Sdn Bhd online di Malaysia?

Mana-mana individu berumur 18 tahun ke atas layak untuk daftar Sdn Bhd online, dengan syarat memenuhi keperluan pengarah, pemegang saham dan pelantikan setiausaha syarikat.


4. Berapa minimum pengarah diperlukan untuk daftar Sdn Bhd online?

Minimum seorang (1) pengarah diperlukan dan pengarah tersebut mesti bermastautin di Malaysia. Sekiranya keliru tentang kelayakan, setiausaha berlesen boleh memberi panduan lanjut.


5. Berapa minimum pemegang saham untuk daftar Sdn Bhd online?

Minimum seorang (1) pemegang saham diperlukan. Pengarah dan pemegang saham boleh merupakan individu yang sama semasa daftar Sdn Bhd online.


6. Berapakah modal berbayar minimum untuk daftar Sdn Bhd online?

Modal berbayar minimum ialah RM1, namun setiausaha syarikat berlesen boleh menasihatkan jumlah yang lebih sesuai mengikut keperluan perniagaan dan bank.


7. Adakah alamat berdaftar diperlukan untuk daftar Sdn Bhd online?

Ya. Walaupun daftar Sdn Bhd online, syarikat wajib mempunyai alamat berdaftar di Malaysia. Setiausaha berlesen boleh membantu jika anda belum mempunyai alamat sesuai.


8. Adakah wajib melantik setiausaha syarikat untuk daftar Sdn Bhd online?

Ya. Pelantikan setiausaha syarikat berdaftar adalah wajib di bawah Akta Syarikat 2016, dan biasanya dilakukan melalui firma setiausaha berlesen.


9. Di mana proses daftar Sdn Bhd online dilakukan?

Proses daftar Sdn Bhd online dibuat melalui portal SSM MyCoID. Namun, jika pengguna menghadapi kesukaran sistem atau prosedur, setiausaha berlesen boleh menguruskan proses bagi pihak anda.


10. Apakah langkah pertama untuk daftar Sdn Bhd online?

Langkah pertama ialah mendaftar akaun MyCoID. Jika akaun gagal diaktifkan atau proses menjadi rumit, mendapatkan bantuan setiausaha berlesen dapat menjimatkan masa.


11. Bagaimana semakan dan tempahan nama dibuat semasa daftar Sdn Bhd online?

Semakan dan tempahan nama dibuat melalui fungsi Direct Incorporation. Setiausaha berlesen boleh membantu mencadangkan nama yang lebih mudah lulus.


12. Apakah itu Borang Super dalam proses daftar Sdn Bhd online?

Borang Super ialah borang digital yang mengandungi semua maklumat penting syarikat. Kesilapan pengisian boleh menyebabkan penolakan, sebab itu ramai memilih bantuan profesional.


13. Berapakah kos untuk daftar Sdn Bhd online?

Kos rasmi SSM sekitar RM1,000. Yuran profesional mungkin dikenakan jika menggunakan khidmat setiausaha berlesen untuk memastikan pendaftaran berjalan lancar.


14. Apakah dokumen diperlukan untuk daftar Sdn Bhd online?

Dokumen utama termasuk:

  • Salinan IC pengarah & pemegang saham
  • Maklumat pegangan saham
  • Alamat perniagaan
    Setiausaha berlesen boleh menyemak dokumen bagi mengelakkan kesilapan.

15. Berapa lama masa yang diambil untuk daftar Sdn Bhd online?

Secara purata, 3–7 hari bekerja. Dengan bantuan setiausaha berlesen yang berpengalaman, proses biasanya lebih teratur dan kurang risiko penangguhan.


16. Bagaimana sijil pemerbadanan diterima selepas daftar Sdn Bhd online?

Sijil Pemerbadanan akan dihantar melalui e-mel secara digital selepas permohonan diluluskan oleh SSM.


17. Adakah perlu hadir ke pejabat SSM untuk daftar Sdn Bhd online?

Tidak semestinya. Jika menggunakan khidmat setiausaha berlesen, keseluruhan proses daftar Sdn Bhd online boleh diurus tanpa kehadiran fizikal.


18. Bolehkah warga asing daftar Sdn Bhd online di Malaysia?

Ya. Warga asing boleh daftar Sdn Bhd online tertakluk kepada syarat tertentu. Setiausaha berlesen amat disyorkan untuk kes melibatkan warga asing.


19. Apakah kelebihan menggunakan setiausaha berlesen untuk daftar Sdn Bhd online?

Antara kelebihannya:

  • Elak kesilapan teknikal
  • Proses lebih cepat & teratur
  • Pematuhan undang-undang terjamin
  • Kurang stres untuk pemilik perniagaan

20. Jika saya menghadapi kesukaran daftar Sdn Bhd online, apa yang patut saya buat?

Sekiranya anda menghadapi kesukaran teknikal, kekeliruan dokumen atau ingin proses lebih mudah, anda disarankan menghubungi setiausaha syarikat berlesen seperti FRAZ Corporate Services untuk membantu menguruskan pendaftaran Sdn Bhd online secara profesional dan patuh undang-undang.

pendaftaran syarikat sdn bhd ssm