Syarikat Sdn Bhd SSM merupakan entiti yang popular di Malaysia. Walaupun begitu, masih ramai yang tidak jelas mengenai ciri-ciri syarikat sdn bhd SSM. Artikel ini akan membantu anda untuk lebih memahami apakah itu yang dimaksudkan dengan syarikat sdn bhd SSM
APAKAH ITU SYARIKAT SDN BHD SSM?
SYARIKAT SDN BHD, adalah singkatan kepada Syarikat Sendirian Berhad, iaitu sebuat entiti perniagaan yang dihadkan oleh saham dan merupakan jenis pendaftaran syarikat yang paling popular di Malaysia. Berdasarkan Akta Syarikat 2016, hanya 1 pengarah dan 1 pemegang saham diperlukan untuk membentuk syarikat Sdn Bhd, dan bukannya 2 pengarah. Oleh itu, anda boleh mendaftarkan syarikat Sdn Bhd tanpa rakan niaga lain. Anda boleh bertindak sebagai pengarah tunggal dan pemegang saham tunggal bagi syarikat tersebut. Ahli-ahli syarikat ini dihadkan kepada 50 orang sahaja dalam satu masa.
CIRI-CIRI SYARIKAT SDN BHD SSM
CIRI-CIRI SYARIKAT SDN BHD SSM #1: Penubuhan & Pemilikan Syarikat
Perkara pertama yang anda perlu tahu adalah penubuhan dan pemilikan syarikat. Syarikat Sdn. Bhd. dikategorikan dibawah jenis syarikat berhad iaitu saham yang dihadkan. Mudahnya, saham perniagaan tidak boleh dijual kepada orang awam. Modal penubuhan syarikat umumnya datang daripada pemilik syarikat.
Dari segi pemilikan pula, pemilik syarikat boleh terdiri daripada satu atau sekurang-kurangya dua individu. Syarikat perlu didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk beroperasi.
Dari segi saham atau syer pula, individu yang mempunyai syer terbesar boleh mengawal syarikat. Malah syer atau saham dalam syarikat sdn. bhd. boleh dimiliki lebih daripada satu individu. Kumpulan ini dikenali sebagi Board of Directors (BOD) atau Lembaga Pengarah Syarikat. Malah, mereka ini turut dikenali sebagai pemegang saham syarikat
CIRI-CIRI SYARIKAT SDN BHD SSM #1: Pengurusan Syarikat
Dari segi pengurusan syarikat, pemilik syarikat atau individu yang memegang saham terbesar boleh memilih sama ada ingin terlibat atau tidak dalam hal-hal berkaitan syarikat. Syarikat biasanya akan diketuai oleh Ketua Pengarah Urusan atau Chief Executive Officer (CEO) untuk menentukan hala tuju syarikat.
Namun, setiap keputusan yang berkaitan dengan syarikat perlu mendapatkan sokongan dan persetujuan daripada setiap ahli Lembaga Pengarah Syarikat. Asasnya, jawatan CEO boleh disandang oleh pemegang saham syarikat atau individu yang bukan pemegang saham.
Selain itu, syarikat sendirian berhad perlu melantik sekurang-kurangnya seorang Setiausaha Syarikat untuk membantu dalam pengendalian syarikat. Setiausaha ini berperanan sebagai pegawai syarikat dan penasihat kepada Lembaga Pengarah Syarikat.
CIRI-CIRI SYARIKAT SDN BHD SSM #3: Risiko & Keuntungan Syarikat
Syarikat sendirian berhad mengamalkan konsep entiti berasingan. Konsep ini bermaksud, pemilik syarikat dan syarikat terpisah antara satu sama lain. Ringkasnya, apa-apa yang berlaku terhadap syarikat tidak akan memberikan kesan kepada pemiliknya.
Misalnya, sekiranya syarikat mendapat keuntungan yang besar, pemilik tidak berhak untuk mengambil keseluruhan hasil syarikat. Tambahan lagi, sekiranya syarikat di isytihar bankrap, pemilik tidak akan terjejas dan aset pemilik tidak akan ditarik oleh pihak bank.
Jika berlaku kemalangan terhadap pemilik syarikat seperti meninggal dunia, aktiviti perniagaan masih boleh berjalan seperti biasa. Sama seperti pemilik syarikat, sekiranya pemegang saham meninggal dunia, pemilikkan saham tersebut boleh dipindah milik kepada waris mengikut kehendak pemegang saham tersebut
CIRI-CIRI SYARIKAT SDN BHD SSM #4: Cukai yang Dikenakan
Setiap perniagaan yang berdaftar perlu membayar cukai yang telah ditetapkan. Dalam urusan syarikat sendirian berhad, kesemua perbelanjaan yang terlibat dalam perolehan pendapatan syarikat sendirian boleh diberi pelepasan bagi tujuan cukai pendapatan.
Cukai pelepasan yang diberikan termasuklah faedah atas pinjaman yang diambil bagi modal pusingan, gaji pekerja, komputer, kereta dan yuran audit.
KELEBIHAN SYARIKAT SDN BHD SSM
KELEBIHAN SYARIKAT SDN BHD SSM #1: TANGGUNGAN ATAU LIABILITI TERHAD
Mengikut akta syarikat 1965 , syarikat sdn bhd merupakan sejenis perniagaan berhad dengan modal saham. Maksudnya jika berlaku penutupan syarikat kerana muflis, pemilik dan aset atau harta pemilik syarikat akan selamat. Hanya harta benda syarikat sahaja yang disita atau ditahan.
KELEBIHAN SYARIKAT SDN BHD SSM #2: ADA KESINAMBUNGAN ATAU BERTERUSAN DARI SEGI OPERASI SYARIKAT (CONTINUITY)
Saham sesebuah syarikat sdn bhd dengan jumlah pegangan seseorang individu merupakan satu tanda pemilikan dalam syarikat sdn bhd tersebut. Pemegang saham atau Pemilik sesebuah syarikat sdn bhd itu boleh memindah saham yang dimilikkinya atau dipegangnya pada bila-bila masa sahaja. Dengan itu syarikat tidak akan terjejas walaupun mana-mana sipemegang saham atau pemilik sesebuah syarikat sdn bhd itu meninggal dunia.
KELEBIHAN SYARIKAT SDN BHD SSM #3: IMEJ ATAU KREDIBILITI SYARIKAT SDN BHD AKAN MENINGKAT
Pada dasarnya syarikat sdn bhd atau berhad ditubuhkan dengan sejumlah kos yang lebih tinggi dari enterprise. Syarikat sdn bhd juga diwajibkan melantik setiausaha syarikat dan Juruodit Bertauliah untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta Syarikat 1965. Lapuran kewangan dan tahunan syarikat sdn bhd setiap tahun diwajibkan untuk difailkan ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Dengan sendirinya akan menjadikan kredibiliti syarikat sdn bhd lebih tinggi dan meyakinkan pihak ketiga untuk berurusan dengan mereka. Pihak Bank lebih yakin untuk memberi pinjaman yang berjumlah besar.
KELEBIHAN SYARIKAT SDN BHD SSM #4: KADAR CUKAI YANG LEBIH RENDAH BERBANDING ENTERPRISE
Diantara kelebihan yang besar yang akan diperolehi oleh syarikat sdn bhd ialah kadar cukai yang lebih rendeah berbanding Enterprise.
KELEBIHAN SYARIKAT SDN BHD SSM #4: BOLEH MEMBERI DIVIDEN:
Disebabkan keupayaanya yang luas dan dinamik , syarikat sdn bhd juga boleh memberi Dividen kepada Pemegang Sahamnya jika ada lebihan untung bersih
Bacaan Lanjut: Promosi Register Sdn Bhd RM1498