Lesen MOF adalah diperlukan jika anda ingin memasuki tender kerajaan. Ramai yang ingin daftar MOF untuk masuk tender tetapi tidak tahu cara daftar MOF tersebut. Jangan risau, artikel ini akan menerangkan langkah mudah untuk daftar MOF.
APAKAH ITU DAFTAR MOF
Secara umumnya untuk jika anda ingin menjalankan perniagaan dengan kerajaan Malaysia anda perlulah mempunyai lesen MOF. Untuk mendapatkan lesen MOF ini, anda perlu membuat permohonan lesen Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Setelah permohonan anda berjaya, akan mendapat sijil MOF.
Bacaan lanjut: Promosi Daftar Sdn Bhd RM1498
KEPENTINGAN DAFTAR MOF
Dengan adanya sijil kewangan MOF ini ia menunjukkan anda telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan anda boleh memasuki tender kerajaan dan agensi yang berkait dengannya. Sistem ePerolehan Malaysia merupakan satu sistem elektronik dalam talian yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia sebagai fungsi untuk memudahkan aktiviti perolehan kerajaan dengan para pembekal untuk pendaftaran MOF. Melalui sistem ePerolehan Malaysia, anda sebagai pembekal dapat mengurus dan memproses pesanan pembelian serta menerima bayaran daripada agensi-agensi kerajaan menerusi Internet. Para pembekal juga lebih mudah untuk dihubungi kerana segala maklumat telah dinyatakan di dalam sistem ePerolehan Malaysia.
TEMPOH SAH DAFTAR MOF
Bagi setiap permohonan lesen MOF, ianya akan sah selama 3 tahun. Selepas tamat tempoh, anda perlulah memperbaharui semula lesen MOF anda dengan memohon semula melalui sistem ePerolehan Malaysia dalam tempoh 3 bulan sebelum tamat tempoh
CARA DAFTAR MOF
- Anda perlulah mempunyai email yang sah
- Pergi ke website ePerolehan
- Sediakan dokumen yang diperlukan berdasarkan keperluan website
- Hantar maklumat yang diperlukan dan buat pembayaran
- Kelulusan permohoan lesen MOF adalah diantara 7-14 hari bekerja
SYARAT DAFTAR MOF
- Berdaftar dengan SSM
- Mempunyai Premis Perniagaan
- Mempunyai caruman KWSP
- Mempunyai modal/Ekuiti minima yang ditetapkan (RM2500)
Bacaan lanjut: Promosi Daftar Sdn Bhd
DOKUMEN DAFTAR MOF
- Borang Pengisytiharan MoF
- Surat Akuan Syarikat – Lampiran 11
- Borang Pengesahan Akaun Bank & Penandatangan Cek
- E-Info SSM/ Mydata SSM
- Section 14 (Superform) bagi Sdn Bhd atau Borang D/E bagi enterprise
- Penyata Akaun Bank (Akaun Semasa) Terkini Atas Nama Syarikat / Slip Deposit (Bagi Pembukaan Akaun Baharu)
- Resolusi Penandatangan Cek Yang Disahkan Benar Oleh Setiausaha Syarikat bagi Sdn Bhd
- Salinan MyKad/Passport Pemilik/ Pengarah
- Perjanjian Sewa Dimatikan Setem/ Geran/ S&P/ Bil Utiliti Yang Mengandungi Nama Dan Alamat Syarikat/ Surat Kebenaran Yang Ditandatangan Oleh Pemilik Premis
- Maklumat Pemegang Saham, Pengarah, Pekerja (Nama, No KP dan Alamat KP Terkini serta Jawatan)
- Maklumat E-mail dan nombor telefon rasmi (Semua pembekal disarankan untuk menggunakan e-mel syarikat atau perkhidmatan e-mel Google seperti @gmail.com)
- Senarai Kod Bidang Yang Hendak Didaftarkan (Mesti selari/berkaitan Nature of Business/Business Description SSM Syarikat)
KELULUSAN PERMOHONAN DAFTAR MOF
Secara amnya, permohonan cara daftar MOF yang lengkap akan lulus dalam tempoh 7-14 hari bekerja
SIJIL DIGITAL MOF
Sijil Digital Lesen MOF adalah berbeza dengan Sijil Lesen MOF. Sijil Digital MOF bertindak sebagai tandatangan digital untuk melakukan pengesahan dokumen secara atas talian di sistem ePerolehan. Ianya adalah tambahan kepada Sijil Lesen MOF
Bacaan lanjut: Penerangan Sijil Digital MOF
KESIMPULAN
Sekiranya anda ingin menyertai tender dengan Kerajaan Malaysia, anda perlulah cara daftar MOF seperti yang kami terangkan diatas. Jika anda memerlukan bantuan, kami juga menyediakan servis daftar lesen MOF untuk anda. Jadi anda lebih jimat masa dan boleh fokus kepada bisnes anda. Anda boleh serahkan kepada kami yang mempunyai pengalaman luas dalam pendaftaran MOF. Hubungi kami segera untuk maklumat lanjut.